Kebakaran di Tempat Saya


                Semasa perjalanan pulang dari sekolah, saya ternampak asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah. Saya ternampak ada orang meminta tolong dari tingkap rumah tersebut.
                Ramai jiran datang membantu. Saya menelefon pihak bomba. Beberapa minit kemudian, pihak bomba datang lalu memasang paip air. Mereka cuba memadamkan api dengan segera.

                Tidak ada perabot dapat diselamatkan kerana api merebak terlalu cepat.Mujurnya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Mangsa tersebut mengalami kerugian yang ditafsirkan sebanyak RM30 000.00.

                Penduduk Kampung Tersusun Indah gempar dengan kejadian ini. Menurut pihak bomba, punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas.

Aktiviti 1
Senaraikan perkataan berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan.

_____________
_____________
_____________
_____________
_____________

Aktiviti 2
Baca maklumat yang terdapat laman sesawang
http://idahhadi92.blogspot.com/2012/09/cara-mengatasi-kebakaran.html
kemudian, berikan ramalan anda.

Apakah yang akan berlaku kepada anda jika tidak mengikut langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran?

0 comments:

Post a Comment